Bissmillahirahmanirahim ... Alhamdulillah , itu perkataan yang keluar dari bibir tatkala ALLAH beri aku lagi ujian . Tapi kenapa ? Hahahahaha . Sebab aku tahu , ujian yang untuk kali nie , aku bole lalui dengan tenang besamaNYA di sisi aku :') .
*Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?*
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan
orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita
sayang kan dia sangat?!
Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan
bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.
- Kenapa Allah pisahkan kita dengan dia?
- Kenapa Allah tidak satukan kita dengan dia?
Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakan lah,
Aku yang terpilih!
Ketahuilah aturan Allah itu sangat sempurna. Lebih baik
seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudian nya kita kembali
mengejar cinta Allah. Atau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih
baik bagi kita.
Jodoh, Allah memang dah tetapkan. Usalah macam mana pun,
jodoh itu tetap Allah dah sediakan. Kahwin dengan siapa, bertahan atau tidak,
dapat kahwin ke atau terus bujang trang tang tang, semua itu Allah dah susun.
Cinta itu adalah ibadah
Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT
menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sub kepada
kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas
dua perkara:
- Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.
- . Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.
*Kenapa ALLAH pisahkan kita*
Kenapa Allah pisahkan kita dengan orang yang kita cinta
sepenuh hati? Sebab dia bukan jodoh terbaik untuk kita....Mungkin bagi kita dia
yang terbaik tapi tidak pada Allah....Allah nak kita belajar kehilangan dan
melepaskan walaupun kita tak mampu untuk hidup tanpa orang yang kita
sayang....Kita rasa Allah kejam dan tak sayang pada kita tapi sebenarnya
disebabkan kasih sayang Allah yang melimpah ruah pada kita lah Dia pisahkan
kita dengan orang yang benar-benar kita cinta.....Mungkin sekarang kita tak
tahu hikmah di sebalik perpisahan itu tapi suatu hari nanti kita akan mengerti
kenapa perpisahan itu perlu terjadi....Allah nak uji kita sejauh mana kita
menyayangi orang itu....Kadang-kadang Allah pisahkan kita kerana dia tak layak
untuk bersama dengan kita....Setiap perkara yang diaturkan ada keajaiban
tersendiri.... Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita.
Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun
dan teruskan hidup terlebih dahulu,