Monday, April 30, 2012

Tips mencari CINTA BARU .


hye-II , Assalamualaikum SAYANG ! da lama kan gua ta update blog , so malam nie , gua na update blog pasal "TIPS MENCARI CINTA BARU" , memandang kan gua tengah heart broken kan , sebub ue gua update . Penat juga gua menjajau cari tips-II nie . Lu urang rerajin la baca , hope dapat tolong lu urang kalau tengah heart broken ^^

  • Lupakan masa lalu
    Anda bukan lah insan yang pernah dikhianati , di benci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan . Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran . Tetapi jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin . Jangan biarkan hal-II positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-II terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun . Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak .
  • Temui ramai orang
    Bekerja dibawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi , kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali . Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda kearah dunia persahabatan yang lebih bermakna .
  • Ubah penampilan
    Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama . Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-II untuk mengubah style rambut terkini . Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori . Pilih baju warna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol setiap masa .
  • Jangan terburu-II
    Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif , Tetapi jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga . Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru di bina itu . Hindari dari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru setahun jagung . Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan .
  • Jangan terlalu memilih
    Setiap orang pasti ada kekurangannya , jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan , mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru . Sekurang-II nya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya 
  • Buat keputusan
    Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari . Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam , kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan . Oleh itu , lakukan keputusan yang berpihak pada diri dan jangan takut katakan "TIDAK" 
Hah ! gua da bagi tahu semua , tapi kalau ta cukup or ta tepat , lu urang cari la sendiri yang tepat and bagi cukup-II , oke , gua bla dulu , :P

suka story ily syafiqah , LIKE je :)

No comments: